Salam Ziarah dan Salam Ukhwah kepada semua pengunjung dan pelanggan yang dihormati. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini. Tanpa anda siapalah kami. Kami berjanji akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami pada tahap yang optimum sesuai dengan prinsip kami Kepuasan Anda Inspirasi Kami.

Terma dan Syarat

1) Pelanggan yang berniat untuk membeli produk/barang haruslah mengisi borang tempahan terlebih dahulu.

2) Pelanggan akan terus mendapat pengesahan tempahan daripada kami melalui emel dalam masa 24 jam.

3) Pelanggan dikehendaki membuat semakan tempahan melalui emel dalam tempoh masa yang diberikan.

4) Pelanggan yang benar-benar ingin membeli boleh membuat pembayaran dengan kaedah yang sesuai.

5) Produk/barang akan dihantar selepas bayaran diterima sahaja.

6) Penghantaran produk/barang mengambil masa selama 3-7 hari bekerja sahaja.

7) Sebarang perubahan masa penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui telefon atau emel.

8) Penghantaran akan dibuat melalui POSLAJU dan medium yang seumpama dengannya.

9) Kos penghantaran akan dikenakan mengikut caj semasa yang dikenakan oleh pihak penghantaran.

10) Produk/barang yang dijual tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan tunai sekiranya terdapat kerosakan dan kesalahan penghantaran dari pihak kami.

11) Produk/barang akan di ganti dengan barang selepas aduan dibuat dengan syarat dalam masa 1 hari dari tarikh barang diterima.

12) Jika lebih daripada tarikh berkenaan kerosakan dianggap daripada pihak pelanggan.

13) Kami berhak menukar/meminda sebarang maklumat tanpa meminta izin daripada mana-mana pihak.

14) Segala butiran peribadi pelanggan tidak akan menjadi simpanan maklumat kami.

15) Kami tidak bertanggungjawab atas segala kesilapan selain yang telah dinyatakan diatas.